Tahap Pemisahan Kembar

Tahap pemisahan kembar dalam uterus bergantung kepada kebarangkalian dan tempoh mereka berpecah kepada dua zigot. Kembar dizigot sentiasa dua zigot. Kembar monozigot berpecah kepada dua zigot pada tahap awal kehamilan. Masa pemisahan ini menentukan kekorionan (bilangan placenta) dan keamnionan (bilangan pundi) kehamilan. Kembar dikorion sama ada bermula daripada dua zigot yang tidak pernah dibahagikan (iaitu dizigot), ataupun satu zigot yang dibahagikan dalam tempoh 4 hari pertama. Kembar monoamnion terbentuk selepas minggu pertama.

Dalam kes-kes yang sangat jarang berlaku, kembar menjadi kembar siam. Tambahan pula, terdapat pelbagai sudut persekitaran yang dikongsi oleh kembar dalam rahim, yang turut berpotensi membawa kepada komplikasi mengandung. 

Kembar dua plasenta selalu disalah tafsir sebagai kembar dizigot. Tetapi sekiranya anak kembar monozigot berpisah cukup awal, susunan pundi dan plasenta dalam uterus tidak dapat dibezakan daripada kembar dizigot.

Tahap kekorionan dan keamnionan

Jenis

Huraian

Hari berlaku

Dikorion-DiamniotikKebiasaannya, kembar mempunyai dua (di- sebagai awalan berangka untuk dua) korion dan pundi amnion yang berasingan, yang digelar Dikorion-Diamniotik atau "Didi". Ia berlaku dalam hampir semua kes kembar dizygot (kecuali dalam kes-kes yang sangat jarang berlaku pelakuran antara blastosista mereka[13] ) dan dalam 18–36%[14] (ataupun sekitar 25%[13]) ialah kembar monozigot (kembar seiras)

Kembar DiDi mempunyai risiko kematian yang paling rendah pada kira-kira 9 peratus, walaupun ianya masih ketara lebih tinggi berbanding individu tunggal (singleton).[15]

Kembar seperti ini berlaku apabila terbentuk apabila pembelahan zigot berlaku dengan hari ketiga selepas persenyawaan.[13]
Monokorion-DiamniotikKembar monokorion berkongsi satu plasenta.

Kembar monokorion lazimnya mempunyai dua pundi amnion (situasi ini dikenali sebagai Monokorion-diamniotik "MoDi"), di mana berlakunya dalam lingkungan 60-70% kehamilan kembar monozigot,[14] dan 0.3% dalam semua kehamilan.[16] Kembar monokorion hampir keseluruhannya adalah bersifat monozigotik, dengan beberapa pengecualian di mana blastosista telah bersatu.[13]

Kembar monokorion berkongsi plasenta yang sama, oleh itu berisiko untuk mengalami sindrom pemindahan kembar-ke-kembar.

Hari ke-4 sehingga hari ke-8
Monokorion-MonoamniotikKembar monoamnion berkongsi amnion yang sama dalam 1-2% kehamilan kembar monozygot.[14]

Kembar monoamnion sentiasa bersifat monozygotik.[17]

Kadar untuk meneruskan hidup bagi kembar monoamniotik adalah di antara 50% [17] hingga 60%.[18]

Kembar monoamnion, sama seperti kembar monokorion, mempunyai risiko sindrom pemindahan kembar-ke-kembar. Tambahan pula, dua tali pusat bayi yang terdapat dalam kembar ini berpeluang yang tinggi untuk membelit di leher bayi. Oleh sebab ini, terdapat juga peluang yang tinggi sama ada keguguran bayi atau kelumpuhan serebrum berlaku disebabkan kekurangan oksigen

Kembar monoamnion berlaku apabila pembelahan berlaku 9 hari selepas persenyawaan[13]
Kembar siam

Apabila zigot berkembang menjadi 2 embrio, 99% daripada kembar siam berlaku dalam tempoh 8 hari selepas persenyawaan.

Kematian adalah tertinggi bagi kembar siam kerana komplikasi terhasil daripada organ-organ yang dikongsi.

Jika pembahagian zigot yang berlaku lewat daripada 12 hari kembar siam biasanya merupakan hasilnya.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Kembar http://multiples.about.com/cs/funfacts/a/twinzygos... http://multiples.about.com/cs/glossary/g/polarbody... http://multiples.about.com/od/glossary/g/semiident... http://8e.devbio.com/ http://8e.devbio.com/article.php?id=111 http://books.google.com/books?id=9SGiQsVevlwC&prin... http://www.nature.com/news/2007/070326/full/news07... http://www.obfocus.com/high-risk/twins/twin1.1.htm http://www.proactivegenetics.com/faqzygosity.dna#9 http://www.springerlink.com/content/m5q6420770g606...